Monday 2 January 2012

PENGURUSAN PRESTASI


PENGENALAN http://sarjana.tripod.com/prestasi1.html
Pengurusan prestasi lebih berbentuk kepada mengendalikan penilaian atau beberapa siri penilaian pada sesuatu masa dan merupakan satu bahagian yang penting di dalam bidang pengurusan sumber manusia. Majikan sepatutnya memberi pekerja sokongan dan keadaan yang sesuai kepada kakitangan bagi mendapatkan keputusan penilaian prestasi yang di kehendaki. Pekara-pekara yang perlu diambil kira oleh majikan dalam menilai prestasi kakitangan adalah seperti berikut :-
    1. Memberi sokongan secara praktikal yang bersesuaian dengan sumber yang sedia ada.
    2. Memastikan pekerja mengetahui dengan jelas keputusan prestasi penilaian yang diperlukan dan memberi khidmat nasihat jika di perlukan.
    3. Memberi program latihan dan pembangunan kepada pekerja supaya mereka dapat mencapai prestasi yang dikehendaki.
    4. Mengubahsuai pengukuran sasaran , keutamaan dan prestasi berdasarkan kepada perubahan di dalam keutamaan organisasi,pasaran,dasar kerajaan dan sebagainya.

Dalam sesuatu pengurusan prestasi, pekara yang perlu dipertimbangkan ialah prestasi pengurus yang cemerlang dan menjadi contoh kepada pekerja yang lain. Sesuatu cara pengurusan bergantung kepada beberapa faktor iaitu personaliti individu, suasana tempat kerja, ukuran masa dan budaya sesuatu organisasi. Pengurusan prestasi yang berkesan harus mempunyai panduan dan bantuan dalam pembangunan sumber manusia. Menurut Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan " Sekiranya pendekatan pengurusan moden membenarkan profesional
( termasuk pengurus ; pentadbir ) berpegang teguh kepada 'share value' sesuatu organisasi tanpa mengambilkira samada bercanggah atau tidak dengan sistem nilai yang lebih besar yang wujud di luar profession, maka di dalam Islam kesetian kepada perintah Allah dan Rasul wujud nilai utama yang mengatasi segala nilai-nilai lain yang wujud di dalam sesuatu sub-sistem atau sub budaya".( Shahrom, 1962 ).
PEMANTAUAN PRESTASI
Pemantauan prestasi adalah salah satu daripada bahagian di dalam proses pengurusan prestasi. Penilaian prestasi diadakan sekali atau dua kali setahun dan ianya dalam bentuk temubual diantara pekerja dengan majikan. Kadangkala hasil daripada temubual ini pekerja dapat meningkatkan gaji dan kenaikan pangkat pekerja. Selain daripada itu hasil daripada temubual ini akan memberikan penekanan terhadap program latihan dan pembangunan pekerja.
Proses temubual juga dapat membina dan menyokong seseorang individu dalam meningkatkan dan membangunkan prestasi kerjanya. Pekerja yang bersemangat biasanya dapat menerima kritikan daripada majikannya semasa di akhir sesi temubual tersebut. Beberapa prinsip di perlukan dalam memenuhi ciri-ciri tersebut. Antaranya adalah :-
    1. Tiada kejutan berlaku di dalam penilaian semasa temubual. Penilaian perlu mengambilkira terhadap prestasi pekerja sebelum temubual kerana ianya merupakan maklumbalas daripada pengurus.
    2. Proses ini perlu di applikasikan kepada semua pekerja . Semua pekerja mempunyai hak untuk mengetahui tahap prestasi mereka dan ianya syarat yang perlu dalam meningkatkan lagi pencapaian pekerja tersebut.
    3. Pekerja digalakkan untuk menyatakan prestasi mereka dan memberikan pendapat mereka apa yang mereka fikirkan dan apa yang telah mereka lakukan.
    4. Perbincangan harus difokuskan kepada matlamat yang telah ditetapkan dan pencapaian yang dikehendaki untuk mencapai matlamat tersebut.
    5. Penilai perlu ingat peraturan bahawa mereka hanya mempunyai 2 telinga dan satu mulut yang digunakan semasa mengendalikan temubual prestasi tersebut.

MENILAI KADAR PRESTASI
Bahagian yang paling penting dalam penilaian prestasi adalah untuk membuat keputusan bagi prestasi individu dalam mengenalpasti matlamat yang telah ditetapkan. Menilai prestasi adalah lebih mudah daripada membuat keputusan yang berkualiti. Dalam membuat keputusan terdapat beberapa prinsip yang perlu di ambilkira, antaranya ialah :-
    1. Prestasi mesti dinilai bergantung kepada objektif keseluruhan, dimana ianya akan dipecahkan kepada beberapa matlamat yang akan dipengaruhi oleh objektif keseluruhan.
    2. Objektif harus boleh digunakan untuk semua pekerja yang mempunyai percampuran diantara pengukuran objektif dan persaingan di mana persaingan yang digunakan harus diterangkan dengan berhati-hati dalam bentuk kemahiran yang dapat di tunjukkan atau perlakuan.
    3. Terdapat beberapa jalan singkat untuk menilai prestasi. Langkah berhati-hati perlu diberi pada setiap objektif dan matlamat. Pekiraan harus dibuat pada keadaan dimana mereka telah capai.
    4. Di dalam kadar prestasi, penilai harus mengambilkira di dalam semua aspek pekerjaan. Pemberian kadar keseluruhan bagi sesuatu kerja sebagai merangkumi keseluruhan dan tidak benar dan akan mempengaruhi prestasi keseluruhan.
    5. Salah satu kesukaran yang dialami oleh pengurus dalam penilaian pekerja adalah untuk menilai individu itu sendiri. Antaranya adalah masalah memberikan keputusan prestasi yang baik kepada pekerja yang di senangi dan keputusan yang sebaliknya.
    6. Dalam mengambilkira prestasi individu penekanan harus diberi berpandukan kepada keutamaan objektif dan prestasi keseluruhan dan ianya harus diukur bertentangan dengan kebolehan pekerja.
    7. Pekiraan harus di ambilkira terhadap faktor dalaman yang akan mempengaruhi prestasi seperti perubahan di dalam organisasi , sumber yang ada dan tahap persaiangan yang wujud di dalam perkiraan.
    8. Penilai atau pengurus harus mengambilkira keadaan luaran seperti keadaan pasaran, perubahan di dalam undang-undang atau polisi kerajaan serta keadaan ekonomi.

KEBERKESANAN PENILAIAN PRESTASI
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi prestasi yang dibuat oleh seseorang pengurus. Diantara faktor yang boleh mempengaruhi pemikiran pengurus adalah :-
    1. Umur, pengalaman pengurus dan pekerja.
    2. Personaliti
    3. Jantina dan Bangsa
    4. Hubungan kekeluargaan
    5. Prestasi pekerja yang lepas dan sekarang.
    6. Kebimbangan penilai/pengurus dan reaksi individu yang dinilai/pekerja.


Tahap Penilaian Prestasi
  1. Rancang
  • Perlu dilihat dari aspek bagaimana prestasi dirancang bermula dari awal tahun dan dilihat dari aspek peningkatan presatsi melalui apa yang dicapai. Salah satu daripadanya ialah sama ada matlamat atau misi dapat dicapai oleh organisasi melalui hasil kerja yang ditunjukkan oleh pekerja di dalam organisasi itu sendiri. Ianya juga dapat dilihat melalui persaingan daripada organisasi luar di dalam memberikan perkhidmatan yang sama dan organisasi dapat menghadapi persaingan tersebut secara baik. Melalui pembelajaran juga, boleh dilihat sama ada organisasi dapat menyediakan latihankepada pekerja mengikut keprluan dan kehendak organisasi. Ianya perlulah dirancang setiap tahun supaya adanya garis panduan dan arah tuju yang boleh dicapai oleh organisasi.
  1. Kawal dan bangunkan
  • Melalui proses ini, ianya memerlukan komunikasi 2 hala antara majikan dan pekerja . ini kerana dengan adanya hubungan dua hala ini membolehkan arahan daripada majikan dapat dilaksanakan oleh pekerja. Maklumbalas daripada pekerja amatlah penting untuk mendapatkan maklumat dan juga untuk memberikan tunjuk ajar yang betul kepada pekerja mengikut keperluan organisasi. Maklum balas yang boleh diperolehi berbentuk formal atau tidak formal. Formal adalah seperti melalui latihan yang diberikan kepada pekerja sementara tidak formal adalah melalui arahan secara lisan mengikut keperluan semasa.

  • Prestasi dapat diukur melalui 2 bentuk iaitu:-

Tingkahlaku pekerja di dalam organisasi sama ada mereka mempunyai pengetahuan, kemahiran yang diperlukan oleh organisassi
Keputusan yang dicapai iaitu melalui prestasi pekerja itu sendiri melalui cara kerja yang membolehkan organisasi dapat mencapai standard yang diperlukan.
  1. Kaji semula
  • Satu proses yang formal yang memerlukan dokumentasi yang lengkap. Ini dapat dilihat melalui data prestasi organisasi contohnya jualan yang diperolehi mengikut bulan dan boleh melihat tahpa pencapaian yang dapat dicapai. Ianya perlu didokumentasikan untuk tujuan rujukan pada masa yang akan datang.
  • Melalui face to face communication di mana organisasi menggunakan kaedah tersebut dengan memangggil beberpa pekerja daripada beberapa bahagian untuk mendapatkan maklumat dan ianya didokumentasikan.
  1. Penghargaan
  • Di dalam organisasi, majikan perlulah menyediakan sumbangan atau penghargaan kepada pekerja yang telah pun menunjukkan prestasi yang baik sepanjang perkhidmatan mereka. Ini kerana ianaya akan memeberikan galakan kepada pekerja tersebut supaya dapat bekerja dengan lebih baik pada masa yang akan datang disamping menggalakkan juga pekerja lain agar menunjukkan prestasi yang baik. Ini akan memberikan sokongan moral kepada para pekerja siupaya prestasi mereka akanm eningkat dari semasa ke semasa.


Kaedah untuk penilaian prestasi yang baik
  • Berkaitan dengan prestasi kerja

Ianya perlulah dinilai melalui senarai tugas dan prestasi yang telah ditunjukkan oleh pekerja tersebut. Seandainya pekerja telah mencapai standard kerja dan masa yang telah ditetapkan, majikan perlulah menilai prestasi mereka dengan baik dan memeberikan penghargaan.
  • Adil dan diterima

Ianya perlulah adil dan sakasama dan boleh diterima antara kedua-dua belah pihak. Ini akan memberikan motivasi yang baik kepada pekerja agar memberikan kerjasama yang abik pada masa yang akan datang (1,241 m/s)

No comments:

Post a Comment