Monday 2 January 2012

GAJI

Definasi gaji ialah upah yang tetap, bayaran yang tetap untuk pekerjaan yang dibayar oleh sesebuah organisasi kepada pekerja atas perkhidmatan yang diberikan bagi meningkatkan produktiviti organisasi. Pada dasarnya gaji ini dibayar pada setiap bulan melalui sistem bank, tunai atau menggunakan cek kepada pekerja. Pada masa kini, kebanyaan organisasi telah pun    menunjukkan kemajuan di dalam penggunaan sistem yang dipanggil payroll untuk membayar gaji kepada pekerja mereka.ianya Nampak lebih terurus dan mengurangkan masalah semasa gaji dibayar kerana ianya akan bertindak secara automatik dan lebih selaras pada setiap bulan.
 


 Kelebihan dalam menggunakan sistem bagi pembayaran gaji
-  Sistem yang fleksibel dan dinamik
Melalui sistem yang digunakan, organisasi akan dapat menjadikan sistem gaji ini lebih fleksibel dimana pembayaran dapat dilakukan mengikut masa yang telah ditetapkan dan secara automatik. Mereka tidak memerlukan data secara manual mengenai kadar upah yang diperlukan. Pada masa kini, slip gaji pegawai kerajaan juga boleh diperolehi di dalam sistem dan tidak memerlukan edaran secara manual.

- Penggunaan yang lebih mudah
Penggunaan di dalam sistem payroll ini akan menjadi lebih mudah kepada kedua-dua belah pihak. Ini kerana melalui sistem, pengguna boleh mendapatkan maklumat gaji mereka dengan menggunakan id pengguna dan kata laluan. Mereka juga dapat mecetak gaji tahunan yang diperolehi dan dapat disimpan dari semasa ke semasa.

- pengisisan data boleh dilakukan dengan cepat
Bagi pekerja yang baru dilantik, melalui sistem yang digunakan oleh organisasi membolehkan pihak pengurusan melaksanakan sistem yang akan terus ke sistem gaji yang diberikan kepada pekerja tersebut. Ianya akan membolehkan pihak pengurusan mengisi data dengan lebih cepat dan tepat.

Keburukan Menggunakan sistem Gaji
-ketirisan data/ maklumat
Apabila menggunaka sistem, adakalanya berlaku masalah dimana maklumat pemohon boleh diaplikasi oleh pengguna lain seandainya berlaku kebocoran maklumat di dalam id pengguna dan juga kata laluan. Ianya akan menyebabkan orang lain akan dapat mengetahui maklumat mengenai gaji pekerja dan berlakunya masalah penyalahgunaan maklumat.

-sukar diubah
Ini berlaku apabila setelah maklumat dimasukkan di dalam sistem, organisasi akan menghadapi masalah apabila ingin mengubah maklumat/ data. Sebagai contoh, terdapat pekerja yang berhenti kerja tetapi gaji yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam bank pekerja tersebut secara automatic seandainya pihak bank tidak dimaklumkan mengenai perberhentian pekerja tersebut. Ini akan menyebabkan organisasi akan meningkatkan kos pembayaran gaji kepada pekerja yang telah pun tidak berkhidmat lagi.

-perlukan kos yang besar
Dengan adanya penggunaan sistem memerlukan kos yang besar dalam mencipta sistem. Ianya memerlukan tenaga pakar di dalam mencipta sistem yang benar-benar bersesuaian dengan organisasi dan memerlukan sistem yang mudah digunakan.


Penipuan Gaji
Ghost employees
Pekerja yang tidak wujud tetapi dikeluarkan gaji mereka. Kebanyakannya berlaku disebabkan oleh penyalahgunaan sistem oleh pihak pengurusan di dalam organisasi yang besar. Ini disebabkan oleh sikap tamak dan penyalahgunaan kuasa

Pemalsuan waktu bekerja
Terdapat juga pekerja yang menipu waktu bekerja untuk mendapatkan upah/ gaji yang lebih . ini akan berlaku apabila berlaku masalah kewangan pada diri pekerja itu sendiri yang memerlukan lebihan wang untuk menyara hidup mereka.
.
Skim Komisen
Banyak berlaku di dalam organisasi yang menekankan komisen melalui jualan produk/ perkhidmatan. Ianya mudah ditipu oleh pekerja apabila mereka memasukkan data yang salah di dalam sistem.

Penutup.
Secara kesimpulannya, organisasi perlulah memastikan supaya setiap pekerja diberikan pendedahan mengenai sitem gaji yang disediakan oleh organisasi. Ini kerana ianya akan memudahkan kedua-dua belah pihak untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di samping menjimatkan kos dan masa mereka di dalm organisasi. (546 m/s)


No comments:

Post a Comment